Ahad, 4 Ogos 2013

DI CEKUP KETIKA SEDANG BERASMARA

DUNGUN – Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.
Gadis terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam.
Perbuatan itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing sempena cuti Aidilfitri.
Ketika serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan.
Ketika pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan.
Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.
Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim.
Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.
Teman wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu.
Kedua pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga.
Mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. -Sh

Sabtu, 3 Ogos 2013

Di Iran, tahanan wanita diperkosa sebelum dihukum mati


Anggota Basij Iran sangat ditakuti kerana dilaporkan kerap melakukan perkosaan terhadap para tahanan wanita yang masih perawan sebelum tahanan wanita itu dihukum mati. Mereka yang diperkosa adalah para tahanan wanita yang dijatuhi hukuman mati dan masih perawan. Perkosaan ini adalah "ritual" wajib, kata salah satu anggota tentera Basij tersebut.

Salah seorang anggota tenterayang tidak mau disebutkan namanya mengatakan bahawa ini adalah sebahagian perintah dari pemimpin tertinggi Iran Ali Khameini. Kepada The Jerusalem Post anggota tentera ini mengatakan bahawa pada masa berumur 18 tahun dia pernah diberi "kehormatan" oleh Khameini untuk sementara waktu "menikahi" tahanan wanita muda sebelum mereka dijatuhkan hukuman.


Di negara penganut Syiah ini, adalah haram melaksanakan hukuman mati terhadap wanita jika tahanan tersebut masih perawan, demikian menurut salah seorang bekas anggota Basij.

Dikutip dari laman Muslimdaily, kerajaan menetapkan pesta "perkahwinan" semalaman sebelum si tahanan wanita dijatuhkan hukuman,si wanita tersebut akan dipaksa untuk melayani nafsu seksual lelaki, Setelah digauli suami "barunya", maka si tahanan wanita sudah "halal" untuk dilaksanakan.

"Aku sangat menyesal, walaupun perkahwinan itu sah dan halal di sini", kata bekas tentera tersebut kepada Jerusalem Post.

Beberapa tahanan wanita diberi ubat tidur untuk membuat mereka tidak sedar, kerana biasanya mereka melawan semasa diperkosa. Menurut banyak saksi, mereka lebih takut pada "malam pertama" mereka daripada hukuman mati yang akan dilaksanakan ke atas mereka.

"Aku dengar mereka manangis kuat dan berteriak setelah proses perkosaan itu selesai," jelas mantan tentera tersebut.

"Aku tidak akan lupa bagaimana salah seorang gadis tersebut mencakari wajah dan lehernya sendiri dengan kuku-kukunya setelah dia disetubuhi. Dia mengalami kecerderaan akibat cakaran kukunya sendiri. "

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Sumber: muslimdaily

Khamis, 25 Julai 2013

Dayana Dan Sakinah Dah Mula Keluar Bersama, Kata Ashraf Muslim



“SAYA tahu dia (Dayana) terluka,” demikian reaksi pelakon, Ashraf Muslim ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dirinya dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.
Ashraf berkata demikian ketika mengadakan sidang media khas di ibu kota, hari ini. Ashraf mengadakan sidang media berkenaan bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi.
“Semoga segala penjelasan saya ini, semua dapat membantu saya. Mungkin ada salah silap, saya minta maaf. Saya harapkan apa yang saya beritahu ini tidak mengaibkan orang lain,” ujar Ashraf.
Berikut adalah sesi soal jawab Ashraf bersama pihak media:
MEDIA : Kenapa baru sekarang Ashraf mahu menjelaskan kepada media?
ASHRAF: Saya lihat, apabila saya terlalu berdiam diri, terlalu banyak spekulasi dan cerita-cerita tak baik saya dengar. Banyak perkara yang boleh menjatuhkan, memalukan, menghina saya, menghina isteri-isteri saya, menghina keluarga saya boleh berlaku. Ini menyebabkan saya agak terkilan dan saya rasa ini masanya untuk saya beritahu kepada orang di sekeliling saya.
MEDIA : Bagaimana hubungan Ashraf dengan isteri (Dayana)?
ASHRAF:OK. Alhamdulillah. Saya dan Dayana OK tak ada masalah. Dengan Sakinah juga tak ada masalah. Cuma, iyalah, apabila… saya tak nak apa yang berlaku di luar sana, orang mengata menyebabkan kerosakan dan hubungan kami menjadi tak baik. Saya juga tak nak disebabkan orang luar juga, hubungan antara keluarga dengan bapa mertua dan orang sekeliling dengan keluarga saya menjadi tak baik. Dalam keadaan sekarang ini alhamdulillah. Saya baru hantar ibu dan bapa mertua saya (ibu bapa Dayana) ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah.
MEDIA : Jadi, hubungan dengan keluarga mertua tak ada masalah?
ASHRAF: Tak ada masalah sebenarnya cuma ada yang marah. Memanglah kita tak boleh nak halang orang marah kan? Macam-macamlah yang diperkatakan tetapi macam mana pun mereka keluarga mertua saya. Ini mengambil masa.
MEDIA : Pagi tadi Asyraf dikatakan ke mahkamah. Betul?
ASHRAF: Saya rasa itu berita tak betul. Sebab pagi tadi, saya pergi menghantar keluarga mertua saya ke lapangan terbang.
MEDIA : Bagaimana hubungan Dayana dengan Sakinah?
ASHRAF:Sekarang mereka (Dayana dan Sakinah) sedang keluar sama-sama.
MEDIA : Adakah hubungan mereka baik?

ASHRAF: Dalam proses. Kena berbaiklah. Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya. Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua. Jadi, kalau ada orang luar yang buat kucar-kacir yang mencucuk sana sini, itu yang tak betul. Tetapi alhamdulillah sekarang ini mereka OK.
MEDIA : Sebelum ini Ashraf dakwa ada media yang memfitnah dengan mengatakan Ashraf berpoligami. Tapi ternyata benar Ashraf berpoligami. Apa komen?
ASHRAF: Yang dikatakan fitnah itu, sebab kenyataan itu (disiar media) bukan datang dari saya, Sakinah atau Dayana. Tidak ada. Tetapi saya tidak menafikan. Saya cuma mengatakan perkara itu tidak datang kami. Macam mana kenyataan itu boleh keluar. Kalau diikutkan etika kewartawanan, ia tidak boleh. Setahu saya lah tapi tak apa, perkara itu dah lepas.Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau boleh nak rahsiakan perkara ini tetapi disebabkan orang dah tahu, nak elak-elak pun dah tak boleh juga. Jadi, sekarang nak kena betulkan balik. – SINAR HARIAN

Selasa, 23 Julai 2013

Akibat Mencangkung Diatas Tandas Duduk..Seram Kot!



Secara umumnya tandas direka khas untuk kita membuang air kecil dan air besar. Rekaan juga berlainan, ada yang digunakan secara duduk dan ada yang mencangkung. Tentu anda faham maksud saya kan? Siapa yang pernah buang air kat toilet tu tau lah haha..

Apa yang menjadi kebimbangan kita adalah kebersihan mangkuk tandas yang kita gunakan. Meskipun ada CLEANER yang bertugas membersihkan tandas, kebersihan tetap menjadi masalah dalam tandas. Langkah penyelesaiannya, ada sesetengah orang sanggup mencangkung diatas mangkuk tandas duduk untuk mengelakkan tersentuh bahagian yang kotor tu.

Namun tindakan ini membuat orang tersebut berada pada posisi yang sangat bahaya. Mencangkung diatas ketika menggunakan tandas duduk sangat DILARANG, kerana bahannya diperbuat daripada Seramik/Porselein, yang tidak mampu menampung berat seluruh badan pada satu masa.

Gambar dibawah adalah gambar mangsa wanita yang mengalami kecederaan pada bahagian punggungnya akibat tandas duduk pecah. Ketika mencangkung tandas seramik itu pecah lalu terkena punggungnya.


Mohon anda share dan hebahkan kepada rakan-rakan yang lain agar kejadian serupa dapat diatasi dan boleh menyelamatkan nyawa mereka yang lain. Dan, sesiapa yang pernah membuang air mencangkung sebelum ini, lebih baik hentikanlah kerana ianya sangat merbahaya !

Sumber

Ahad, 21 Julai 2013

Gempar!!!! (Gambar) Analisis Penampakan HANTU Di UiTM Machang, KELANTAN


Gambar penampakan hantu kali ini dikirimkan oleh.. oleh sapa ye.. Arif rasanya. Tengok kat belakang anak gadis tu, ada macam kepala orang kat sebalik tingkap. Pengirim menyertakan teks tersebut:
baca lagi & lagi GAMBAR yang di ZOOM, Klik TAJUK ENTRI ni

nih gmba kawan aku... dia amik kat uitm tmpat aku ngaji...time nih smua student dah cuti sem. tggl budak2 yg amik kursus keusahawanan jer..
time tuh pkul 11 lbih lar(baru abis kursus kat bilik kuliah). dia saje2 jer amik gmbar time tuh... biler balik bilik nampak benda tuh... trus diorg xleh tido mlm tuh...

location uitm machang kelantan, blok A, blakang tuh tandas lelaki...
Lokasi: UiTM Machang, Kelantan. Blok A, Tandas lelaki.

Memang ada makhluk lain yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang 'mereka' ini sentiasa memerhati apa yang kita buat. Tu la orang kata, lepas abih kuliah balik bilik terus, jangan merayau-rayau ambik gambar. Dah terambik gambar hantu. Ada apa-apa ke kat UiTM Machang ni? Dengar cerita kawasan dia keras. Sapa-sapa budak UiTM Machang kat sini?!

Perhh!!! Aaron Aziz menunjukkan musclenya di atas katil

Haha. Kadang-kadang dapat kita melihat Aaron menayangkan aksi buka bajunya dikhalayak ramai, namun kali ini pastinya anda terpegun melihat badannya yang cukup sasa di atas katil. Bukan aksi porno la yang ditampilkan Aaron, namun aksinya adalah ketika bermesra-mesra dengan anak-anak kesayanganya. :)

SAH! Ashraf Muslim Memang Telah Bernikah Dua

SAH! Ashraf Muslim Memang Telah Bernikah Dua | Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami kerana dia telah bernikah kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu.

Sehubungan itu Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Ashraf Muslim untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman.



Apa pun selamat pengantin baru buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semoga perkahwinan mereka dirahmati dan diberkati.Apa yang penting, jangan lupakan tanggungjawab anda kepada isteri pertama. sumber